Monday, June 6, 2011

B.S.S



  • Malam tadi main playstation,
    Buka fb ada banyak notification.

    (¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)✿.a.:* *.:a.✿

    Pergi kedai beli chocolate bar,
    Tengok-tengok ada gambar.

    (¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)✿.a.:* *.:a.✿

    Hari-hari keluar masuk kelas,
    Inilah Kami batch enam belas.

Monday, March 7, 2011

Kenalilah Musuh Anda

Biodata Iblis

Berikut ini maklumat mengenal musuh ketat anda,
Iblis yang dilaknat ALLAH.


Pengenalan Diri

Nama penuh : Iblis La'natullah

Tarikh Kelahiran : Sejak ia enggan sujud kepada Adam diperintahkan
oleh ALLAH.

Status Diri : Fasiq kelas pertama.

Agama : Kufur.

Tempat tinggal : hati-hati orang yang lalai.

Kawasan/daerah : semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha
untuk mengingati ALLAH.

Tunjuk-arah perjalanan: Bengkang bengkok ( tiada haluan).

Tempat tinggal tetap : Neraka jahannam. tempat yang paling celaka.

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat.

Kaum kerabat : Semua golongan tarani.

Status Perniagaan

Modul perniagaan : Angan-angan kosong.

Tempat Pertemuan : Pasar.

Musuh : Orang Islam

Dalil atau Hujjah : Fatamorgana (maya)

Motto Kerja : " Hipokrirasi asas akhlak".

Unoform Kerja : Segala warna seperti sesumpah.
Tiap tempat ada warnanya.

Kesukaannya : Orang yang lalai dari mengingati ALLAH.

Yang melemahkannya : Istighfar.

Lambang korporat : Sebarang tatu.

Pejabat :Ttandas atau bilik air.

Sifatnya : Muzabzab. mengikut angin, menurut keperluan.

Rakan-rakan kongsi : Golanganmunafiq.

Sumber rezeki : harta haram.

Bilik operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat.

Jenis perkhidmatan : Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan
kemungkaran.

Arahannya : Selalu mengarahkan manusia melakukan perkara yang tidak baik.

Jawatan : General manager golongan maghdhubi alaihim dan golongan ad dhallin.

Tempoh perkhidmatan : Sampai hari kiamat.

Hala perjalanan : Jalan ke neraka.

Laba perniagaan : Habaan manthura ( masuk angin keluar asap)

Rakan kongsi : Syaitan- syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Teman sejawatan : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran.

Jenis tunggangan : Pembohong.

Ganjaran : Dosa dan segala jenisnya.

Kaedah komunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip.

Makanan yang disukai : Daging orang mati.

Yang ditakuti : Mu'min yang bertaqwa.

Yang dibenci : Orang yang selalu mengingati ALLAH.

Daya tahan : Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah.

Perangkapnya : Wanita.

Kegemarannya : Menggoda dan menyesatkan.

Cita-cita : Supaya semua orang menjadi kafir.

Ajalnya : pada waktu tertentu menjelang hari kiamat.

Kerja paling disukai : homosex dan lesbian.

Kod isyarat pertuturan
untuk pengikut : Aku.

Para penghiburnya : Seniwati dan seniman.

Janji- janjinya : Menjanjikan kekafiran.

Yang menyebabkannya : Bila mana orang sujud kepada ALLAH.
menangis

SEKIAN

Huuh! panjang betul biodata syaitan ini kan. Biodata ana pun tidak sepanjang ini. Tetapi, demi untuk
sahabat-sahabat ana, ana taip juga untuk anda. Kenalilah musuh anda dengan dalam lagi agar kita sentiasa berjaga-jaga dengan musuh ketat kita ini. Semoga anda tergolang dalam orang-orang yang beriman...


Friday, February 25, 2011

Sayang kamu

Bila ku bersendirian
kau hadir tanpa ku duga

Bila ku tersungkur
kau bangkitkan ku semula

Bila ku kesunyian
kau buat ku ceria

Bila ku perlukan pertolongan
kau berikan tanpa balasannya

Bila ku gembira
kau juga turut gembira

tanpa kau di sini
tidak ku tahu mana hala tuju ku

tanpa hadiah yang engkau berikan kepada ku
tentu aku seperti haiwan di muka bumi ini

dengan itu
izinkan aku sujud syukur pada mu
diatas segala yang telah kau berikan pada ku
menandakan aku sayang pada mu


Friday, February 11, 2011

Cara nak tahu jantina komputer

Kali ni nak kongsi macam mana nak tahu jantina laptop/komputer korang.Lelaki atau perempuan.

1.Langkah pertama buka notepad.Lepas itu taip perkataan dibawah dalam notepad. CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU

2.Kemudian save as dengan nama i love you.vbs

3.Tutup file tu,Kemudian buka balik file tu.Nanti akan keluar suara “i love u”.Kalau keluar suara lelaki tu maknanya laptop korang jantina lelaki dan begitula sebaliknya.